• Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai ahli Kelab Kebajikan dan Sukan?
    • Pemohon perlu klik butang 'pendaftaran baru' di ruangan Sistem Keahlian. Kemudian pemohon perlu mengisi maklumat di borang tersebut dan muat naik resit bayaran ke dalam borang tersebut. Pemohon boleh mengikut carta alir pendaftaran kelab yang disediakan di ruangan pengumuman.

  • Berapa kadar bayaran yuran Kelab Kebajikan dan Sukan JKN Kedah?
    • Yuran pendaftaran ahli untuk tahun pertama ialah RM17 iaitu RM5 (yuran pendaftaran) + RM12 (yuran tahunan)
    • Untuk tahun seterusnya, anda cuma perlu membayar RM12 sahaja sebagai yuran tahunan. 

  • Bagaimana cara untuk membuat bayaran yuran ahli kelab?
    • Untuk pendaftaran baru, pemohon boleh membuat pembayaran terus ke akaun bank kelab dan muat naik resit di borang pendaftaran sebagai bukti bayaran.

    • Untuk yuran tahunan, pemohon boleh klik butang 'pembayaran yuran tahunan' di ruangan Sistem Keahlian dan membuat pembayaran terus ke akaun bank kelab dan muat naik resit di borang sebagai bukti bayaran.


  • Bagaimanakah cara untuk menyemak status keahlian?
    • Pemohon boleh melayari laman web kami dan klik 'Semak Status Keahlian'. Kemudian, masukkan no kad pengenalan di ruangan yang disediakan dan klik 'cari'.

  • Apakah kelebihan yang akan diterima oleh ahli kelab selain daripada aktiviti sukan?
    • Sumbangan perkahwinan

    • Sumbangan kelahiran Anak Pertama

    • Sumbangan Rawatan Wad

    • Sumbangan Pencen

    • Sumbangan Bencana Alam

    • Sumbangan Kecemerlangan Akademik Anak-anak Ahli

    • Sumbangan Khairat Kematian


  • Bagaimana cara untuk membuat tuntutan sumbangan ahli?
    • Pemohon perlu memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan serta memuat turun borang yang terdapat dalam bahagian muat turun borang.